OPERASI TASK FORCE AWASAN PENEMPATAN SETINGGAN DI DAERAH KOTA KINABALU
KOTA KINABALU - Operasi Task Force telah diadakan pada 22 Januari hingga 08 Februari 2024 di sekitar kawasan Daerah Kota Kinabalu. Seramai 20 orang kakitangan daripada Jabatan Air Kota Kinabalu dan Cawangan Penguatkuasa, Perlesenan dan Keselamatan yang terlibat dalam operasi ini. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk memotong sambungan paip haram yang menyalahi undang-undang di kawasan Sepanggar, Kg. Brunei, Kg. Sepakat Jaya, Taman Bukit Setia, Kingfisher dan Kg. Suang Parai. Melalui operasi ini, JANS dapat membanteras kegiatan peyambungan paip yang menyalahi undang-undang dan seterusnya dapat mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW).