Fungsi dan Tugas

Fungsi dan Tugas Pihak Berkuasa Air Negeri Mengikut Enakmen Bekalan Air 2003

Pihak Berkuasa Air Negeri hendaklah mempunyai fungsi dan tugas untuk:

  1. Mengurus pengeluaran dan pengagihan air, dan kutipan hasil;
  2. Mengawalselia dan mengawal pembekalan air;
  3. Memastikan kecekapan dan kualiti dalam pembekalan air;
  4. Menjalankan fungsi kawalseliaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Enakmen ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya
  5. Menyiasat apa-apa kemalangan yang melibatkan apa-apa bahagian sistem bekalan air akibat daripada pengendalian dan penyelenggaraan apa-apa sistem bekalan air atau perkhidmatan bekalan air;
  6. Menghendaki Pihak Berkuasa Bekalan Air untuk melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang dikenakan kepadanya oleh atau di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
  7. Menetapkan suatu tata amalan bagi Pihak Berkuasa Bekalan Air;
  8. Mendakwa apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini;
  9. Mengeluarkan lesen;
  10. Mengkaji semula peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan untuk membuat syor kepada Menteri;
  11. Menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada pendapat Pihak Berkuasa Air Negeri perlu dan bersampingan bagi maksud perjalanan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Enakmen ini. 

Sebagai tambahan kepada fungsi dan tugas yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri oleh Enakmen ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya, Pihak Berkuasa Air Negeri hendaklah mempunyai kawalan dan penyeliaan menyeluruh terhadap semua Pihak Berkuasa Bekalan Air dalam Negeri Sabah.