Kenapa Anda Harus Membayar Bil Air

Bayaran yang diterima digunakan Kerajaan untuk menampung kos:

  • Rawatan air mentah supaya ia selamat digunakan.
  • Penyelenggaraan loji rawatan air.
  • Penggantian dan penyelenggaraan tangki simpanan air.
  • Penggantian saluran paip usang dan bocor.
  • Perbelanjaan lain untuk meningkatkan kemudahan bekalan air.
  • Jabatan Air berusaha memastikan anda mendapat bekalan air bersih. Anda sebagai pengguna air yang bijak harus membantu Kerajaan dengan membayar bil air mengikut masa yang ditetapkan.

Air bersih merupakan keperluan dalam kehidupan kita seharian dan bukan sesuatu yang boleh dielakkan. Bayangkan jika anda tidak mendapat bekalan air dalam sehari.

Laporkan kepada Pejabat Jabatan Air yang terdekat jika anda tidak menerima bil air sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.

Terima kasih kerana membayar bil air.