Pertanyaan mesti dibuat kepada Pejabat Air Daerah jika anda tidak menerima bil air 4 bulan selepas pemasangan meter atau menerima bil.
Adakah Anda Ingin Memohon Bekalan Air? (Bekalan Domestik)
Perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
- Lengkapkan borang permohonan bekalan air yang boleh didapati di kaunter pembayaran Pejabat Air Daerah dengan harga RM1.00/set.
- Sertakan salinan dokumen seperti kad pengenalan, geran tanah, perjanjian sewa beli, surat pengesahan daripada Ketua Kampung/JKKK, surat daripada Majlis Daerah/Dewan Bandaraya (sekiranya rumah didirikan di rizab kampung).
- Hantar borang permohonan bekalan air ke Pejabat Air Daerah yang berkenaan.
Adakah Anda Berpindah/Menjual Rumah?
Sekiranya anda berpindah/menjual rumah yang anda duduki selama ini, sila pastikan perkara berikut dilakukan:
- Lengkapkan Borang Permohonan Penamatan Bekalan Air dan Borang Permohonan Bil Akhir yang boleh didapati di Pejabat Air Daerah berdekatan.
- Jelaskan baki bil air yang tertunggak.
- Lengkapkan Borang Pengembalian Wang Cagaran untuk mendapatkan kembali wang cagaran anda.
Membayar Bil Air Anda?
Lokasi Pembayaran
- Pejabat Air Daerah yang berdekatan
- Pejabat Pos
- Kaunter Pembayaran Bil Setempat, Contohnya: DBKK
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Agrobank
Kaedah Pembayaran
Tunai
Di semua kaunter pembayaran
Cek persendirian/syarikat
Hanya di Pejabat Air Daerah & Ibu Pejabat Jabatan Air
Draf Bank
Hanya di Pejabat Air Daerah & Ibu Pejabat Jabatan Air
Kad Kredit
Hanya di kaunter pembayaran utama Jabatan Air
Pembayaran Atas Talian