Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Air Negeri Sabah akan menjalankan operasi bersepadu pemotongan akaun tertunggak (notis dan ansuran) dan kesedaran pengguna/pelanggan/orang awam di dearah Tuaran dan Papar bermula pada 04 Oktober 2021 (Isnin) sehingga 15 Oktober 2021 (Jumaat). Sehubungan dengan itu. Pengguna/pelanggan/orang awam yang mempunyai notis dan ansuran tertunggak diminta untuk datang membuat pembayaran dengan kadar segera di Pejabat Jabatan Air Tuaran dan Pejabat Jabatan Air Papar bagi mengelakkan bekalan air di premis anda dipotong.
Tarikh tempoh operasi bersepadu pemotongan akaun tertunggak (notis dan ansuran) Adalah seperti berikut:
Daerah Tuaran : 04 Oktober sehingga 08 Oktober 2021
Daerah Papar : 11 Oktober sehingga 15 Oktober 2021