TAWAU - Lawatan Teknikal ke Pulau Sebatik, Tawau telah diadakan pada 26 Januari 2024 (Jumaat) bagi mencadangkan cara penyelesaian masalah bekalan air di Pulau Sebatik. Lawatan teknikal tersebut, diketuai Timbalan Pengarah Operasi berserta kakitangan Ibu Pejabat JANS daripada Cawangan Pengeluaran, Cawangan Penyelidikan/Inovasi, Cawangan Mekanikal dan Elektrikal, Cawangan Kualiti Air, Jurutera Air, Jabatan Air Daerah Tawau dan Pegawai Kerja Air, Jabatan Air Pulau Sebatik. Turut serta dalam lawatan tersebut Managing Director DH Water Korea, Mr. Yang dan seorang juruteranya bagi cadangan pemasangan Desalination Plant System yang berkapasiti 1 JLH.