MAJLIS AMANAT PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH 2024
KOTA KINABALU - Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Tuan Hj. Suhaimi bin Hj. Asbullah telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga JANS semasa Majlis Amanat Pengarah JANS yang diadakan pada 16 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JANS. Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga JANS sahaja secara fizikal dan melalui aplikasi Zoom bagi pegawai yang berada di luar daerah. Majlis ini diadakan sebagai platform pertemuan antara Pengarah dan seluruh warga JANS yang terdiri daripada Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah, Pegawai Kerja Air Daerah, dan semua Pegawai JANS kumpulan sokongan dan pelaksana termasuk pekerja sambilan harian. Dalam majlis tersebut, Pengarah menyampaikan ucapan penghargaan beliau kepada seluruh warga JANS atas segala pencapaian dan khidmat bakti sepanjang tahun 2023. Pengarah juga menyuarakan harapan beliau, khususnya dalam usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan bekalan air negeri Sabah bagi tahun 2024. Di dalam majlis ini juga turut diselitkan majlis perpisahan untuk Pegawai JANS yang bakal bersara dan berpindah jabatan.