PAPAR - Operasi Pemantauan Meter Statik Pengguna telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 2024 di Daerah Papar. Seramai 12 orang kakitangan daripada Cawangan Non-Revenue Water, Jabatan Air Daerah Papar yang terlibat dalam operasi ini. Tujuan operasi ini diadakan adalah untuk mengenalpasti meter pengguna yang statik atau bacaan meter yang rosak. Melalui operasi ini, Jabatan Air Negeri Sabah boleh mengurangkan kadar kehilangan air, membanteras kegiatan curi air dan meningkatkan hasil kerajaan.