PEMANTAUAN METER PENGGUNA YANG MEMPUNYAI PENGGUNAAN MINIMUM CAJ DAN BACAAN KOSONG
PAPAR - Pemantauan meter pengguna yang mempunyai penggunaan minimum caj dan bacaan kosong telah diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2023 (Selasa dan Rabu) di Plaza 22, Papar. Aktviti ini dilaksanakan oleh empat (4) orang kakitangan Jabatan Air Papar sepanjang dua (2) hari mulai 2.30 petang hingga 5.00 petang. Pemantauan ini bertujuan untuk mengenalpasti bacaan kosong yang berterusan, penggunaan bil yang dikenakan minimum caj dan sambungan haram. Melalui pemantauan ini, Jabatan Air Negeri Sabah boleh mengurangkan kadar kehilangan komersial.