OPERASI BERSEPADU PEMOTONGAN AKAUN TERTUNGGAK (NOTIS) DI DAERAH KENINGAU, TAMBUNAN DAN NABAWAN
KENINGAU, TAMBUNAN DAN NABAWAN - Operasi bersepadu Pemotongan Akaun Tertunggak (Notis) telah diadakan pada 16 hingga 20 Oktober 2023 di daerah Keningau, Tambunan dan Nabawan. Seramai 14 orang kakitangan daripada Cawangan Penguatkuasa, Perlesenan dan Keselamatan yang terlibat dalam operasi ini. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk mencapai target pungutan bulanan daerah dan mengurangkan bilangan akaun tertunggak disamping menambahkan pungutan hasil Kerajaan.