JANS MEMENUHI UNDANGAN PEMBUKAAN KAUNTER / PAMERAN SEMPENA PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH SIRI 36 BIL. 3/2023 KERAJAAN NEGERI SABAH
Jabatan Air Negeri Sabah terlibat sebagai pempamer sempena Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Sektor Awam Siri 36 Bil. 3 Tahun 2023 Kerajaan Negeri Sabah yang melibatkan 44 Pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri, Syarikat Berkepentingan Kerajaan dan Universiti Awam di Sabah.
Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) YBhg. Dato’ Indera Junipah binti Wandi.