PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN DI PEJABAT JABATAN AIR DAERAH PULAU BANGGI
PULAU BANGGI - Program Hari Bersama Pelanggan telah diadakan di Pejabat Jabatan Air Daerah Pulau Banggi yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 23 hingga 24 Oktober 2023. Seramai empat (4) orang kakitangan yang terlibat semasa program ini dijalankan dimana tiga (3) orang kakitangan daripada Cawangan Khidmat Pelanggan dan seorang kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Kudat. Melalui program ini, pelanggan akan mengetahui info mengenai cara penjimatan air, butiran dalam bil air, cara mengesan kebocoran selepas meter dan saluran pembayaran bil air.