MAJLIS PERASMIAN PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH KECIL KEMABONG 2023
KEMABONG - Jabatan Air Negeri Sabah telah dijemput untuk membuka Kaunter Bersama Pelanggan sempena Majlis Perasmian Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kecil Kemabong pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) di Dewan Terbuka Dataran Kemabong. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kemabong, Tuan Zakharia Jamal yang disaksikan oleh Jabatan-Jabatan yang terlibat serta masyarakat Daerah Kemabong. Melalui program ini, silaturahim dapat dipupuk dengan pelbagai bangsa dan kaum di antara rakyat yang berada di bawah satu naungan Negara Malaysia. Pada masa yang sama, kakitangan daripada Cawangan Hal Ehwal Korporat dan Jabatan Air Daerah Tenom telah menyebarkan info berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh JANS kepada pengunjung yang datang serta menjawab persoalan pengguna berkaitan permasalahan bekalan air dan bil air.