BENGKEL STRATEGI PENGURANGAN TUNGGAKAN HASIL TAHUNAN - JABATAN AIR NEGERI SABAH
Tarikh : 30 – 31 Januari 2023
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu
Berikut adalah bengkel Strategi Pengurangan Tunggakan Hasil Tahunan JANS yang mana tujuan bengkel ini adalah untuk menggariskan strategi-strategi pengurangan Tunggakan Jabatan Air Negeri Sabah dalam memastikan tunggakan Jabatan pada tahun 2023 dapat dikurangkan sekaligus membincangkan penambahan jawatan yang memberi kesan kepada tunggakan hasil Jabatan Air Negeri Sabah.
OBJEKTIF
a) Menggariskan strategi yang akan dilaksanakan untuk mengurangkan tunggakan hasil JANS
b) Meningkatkan potensi Hasil tahunan JANS
c) Meningkat prestasi pungutan hasil tahunan JANS
d) Mengenalpasti impak Penambahan jawatan ke atas pungutan hasil JANS