RANAU - Program Kempen Kesedaran Pengguna telah diadakan pada 15 hingga 17 April 2024 (Isnin-Rabu) di perkarangan Jabatan Air Daerah Ranau. Melalui program ini,pengguna telah diperkenalkan aplikasi mudah alih yang pertama di JANS iaitu MyJANS yang bertujuan mentransformasikan penyampaian perkhidmatan digital bekalan air berfokuskan pengalaman pengguna. Melalui penggunaan MyJANS, orang awam terutamanya pengguna air akan mendapat banyak manfaat seperti saluran alternatif pelaporan ataupun aduan bekalan air, pilihan saluran bayaran bil air, informasi perkhidmatan bekalan air terkini, berita JANS dan lain-lain.