LAWATAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEKNIKAL KE PANGSAPURI MELINSUNG SUMMER BAY RESORT APARTMENT PAPAR (MSRBA)
PAPAR - Lawatan Pemeriksaan Fizikal dan Teknikal telah diadakan pada 19 Oktober 2023 (Khamis) di Pangsapuri Melinsung Summer Bay Resort Apartment Melinsung (MSRBA). Seramai 30 orang kakitangan daripada Cawangan Penguatkuasa, Perlesenan dan Keselamatan, Cawangan Khidmat Pelanggan, penghuni dan pihak pengurusan MSRBA telah terlibat semasa lawatan ini diadakan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan aduan penghuni dan pihak pengurusan pangsapuri dari segi penyelenggaraan dan pengawalan aset air. Hasil daripada perbincangan diantara kakitangan JANS dan pengurusan, pihak pengurusan pangsapuri bertanggungjawab dan membaiki kerosakkan yang melibatkan pembaziran aset air.