TAWAU - Program Outreach Libat Urus Tahun 2023 telah diadakan di Borneo Royale Hotel, Tawau pada 23 November 2023 (Khamis) dan dirasmikan oleh Tuan Hj. Suhaimi Hj. Asbullah, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah. Seramai 67 orang kakitangan JANS daripada Ibu Pejabat, Kota Kinabalu,Tawau, Kunak, Sebatik, Kalabakan, Pulau Sebatik, Semporna dan Lahad Datu yang hadir semasa program ini dijalankan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan berkaitan perjawatan, pengemaskinian SM2/i-Portfolio/Saraan dan Pencen dan Latihan. Melalui program ini, kakitangan jabatan menerima maklumat dan pendedahan secara langsung berkaitan persoalan perjawatan dan hal-hal lain yang melibatkan kebajikan.