LAWATAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEKNIKAL BAGI TUJUAN PERMOHONAN LESEN PIHAK BERKUASA AIR
SEMPORNA - Lawatan pemeriksaan Fizikal dan Teknikal bagi tujuan Permohonan Lesen Pihak Berkuasa Bekalan Air telah diadakan pada 21 September 2023 (Khamis) di Semporna Paradise Travel and Tours Sdn. Bhd. Seramai 12 orang kakitangan turut serta dalam lawatan ini dimana tujuh (7) orang kakitangan daripada Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, empat (4) orang kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Semporna dan seorang kakitangan daripada syarikat Semporna Paradise Travel and Tours Sdn. Bhd. Melalui lawatan pemeriksaan ini, Pihak JANS dapat memastikan kualiti perkhidmatan syarikat sebelum Lesen Pihak Berkuasa Bekalan Air diluluskan oleh pihak JANS kepada syarikat Semporna Paradise Travel and Tours Sdn. Bhd.