KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JANS DAN ROMBONGAN KE PENANG WATER SERVICES ACADEMY
PULAU PINANG - Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama beberapa pegawai JANS menghadiri mesyuarat bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. sekaligus mengadakan kunjungan hormat ke Penang Water Services Academy (PWSA) pada 19 September 2023 (Selasa). Semasa kunjungan hormat, pihak JANS dan PWSA membincangkan bentuk kerjasama atau kolaborasi bagi meningkatkan tahap kompetensi khususnya kepada kakitangan JANS dalam bidang Pengurusan Pengeluaran, Pengagihan air dan Pengurusan Non-Revenue Water (NRW) secara holistik. Rombongan JANS juga sempat mengadakan lawatan di sekitar Akademi bagi melihat teknologi dan fasiliti di Akademi tersebut.