JANS TELAH MEMENANGI ANUGERAH DALAM PERTANDINGAN LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI SABAH (SGWC) 2023
KOTA KINABALU - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memenangi anugerah The Outsourced Web Innovator Award sempena Program Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah (SGWC) Tahun 2023 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI). JANS telah membawa pulang sijil pemenang, plak berserta wang tunai bernilai RM650.00 yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap KSTI. Majlis Penutupan Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah telah berlangsung di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu pada 3 Oktober 2023 (Selasa).