KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN BERKAITAN PROJEK NON-REVENUE WATER (NRW) PENDEKATAN 1 NEGERI SABAH
IBU PEJABAT JANS - Kunjungan hormat daripada Tuan Ir. Hj. Sulaiman bin Kamisan, Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama Tuan Hj. Suhaimi Hj. Asbullah, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah pada 2 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Ibu Pejabat JANS. Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan Projek Non-Revenue Water (NRW) Pendekatan 1 Negeri Sabah selain bertukar-tukar pandangan serta sesi suai kenal disamping menjalinkan hubungan baik sesama Jabatan dan pihak Kementerian.