BENGKEL DAN TAKLIMAT PENGENALAN NON-REVENUE WATER (NRW) JABATAN AIR NEGERI SABAH KEPADA PEGAWAI BAHARU
KOTA KINABALU - Jabatan Air Negeri Sabah telah mengadakan Bengkel Dan Taklimat Pengenalan Non-Revenue Water (NRW) Jabatan Air Negeri Sabah Kepada Pegawai Baharu pada 02 Oktober 2023 (Isnin) yang lepas di Hilton Hotel, Kota Kinabalu. Bengkel berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Negeri Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya. Bengkel ini menjadi platform perkongsian ilmu daripada pegawai kanan Jabatan kepada pegawai baharu bagi meningkatkan pemahaman berkaitan air yang tidak berhasil dan sekaligus meningkatkan prestasi Jabatan dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.