KOLABORASI SECARA EKSKLUSIF DENGAN AKTIF FA KONSULT SDN BHD DALAM PENGOPERASIAN DAN PENYELENGGARAAN ASET JABATAN AIR PAPAR
PAPAR - Kolaborasi secara ekslusif dengan Aktif FA Konsult Sdn Bhd dalam pengoperasian dan penyelenggaraan aset Jabatan Air Papar telah diadakan pada 10 dan 11 Ogos 2023 (Khamis dan Jumaat) di sekitar empat (4) lokasi tangki di Papar. Antaranya Tangki Punson Kirilim, Tangki Sabandil, Tangki R22 dan Tangki P3. Seramai 14 orang kakitangan konsultan dan kakitangan Jabatan Air Papar yang terlibat sepanjang program ini dijalankan. Program ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memperkenalkan aset di bawah Jabatan Air kepada pihak konsultan. Melalui program ini, kakitangan yang terlibat dapat mengetahui keadaan fizikal aset JANS.