- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
TENOM - Jabatan Air Negeri Sabah telah dijemput untuk membuka Kaunter Bersama Pelanggan sempena Majlis Perasmian Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tenom pada 10 Ogos 2023 (Khamis) di Dewan Sri Antanom, Tenom. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Tenom, Tuan Yuesri Ismail Yusof yang disaksikan oleh Jabatan-Jabatan yang terlibat serta masyarakat Daerah Tenom. Melalui program ini, silaturahim dapat dipupuk dengan pelbagai bangsa dan kaum di antara rakyat yang berada di bawah satu naungan Negara Malaysia. Pada masa yang sama, kakitangan daripada Cawangan Hal Ehwal Korporat dan Jabatan Air Daerah Tenom telah menyebarkan info berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh JANS kepada pengunjung yang datang serta menjawab persoalan pengguna berkaitan permasalahan bekalan air dan bil air.
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah