- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
NABAWAN - Program Pusat Komuniti Desa (PKD) MOBILE Nabawan Sabah Tahun 2023 telah diadakan pada 17 dan 18 November 2023 dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam di Dewan Terbuka Majlis Daerah Nabawan yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kerjasama Kerajaan Sabah dan Majlis Daerah Nabawan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Pensiangan pada 18 November 2023. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir seperti kaunter perkhidmatan agensi kerajaan, latihan dan kemahiran, Kuiz Kahoot! serta persembahan Kebudayaan dan PENTARAMA Jabatan Penerangan Sabah. Jualan Rahmah dan produk-produk Desa turut disediakan dengan diskaun sehingga 50%.
Sumber : Laman Facebook Rasmi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah