PROGRAM KEMPEN PENJIMATAN AIR DAN KEMPEN MENDERMA DARAH
KUDAT - Program Kempen Penjimatan Air dan Kempen Menderma Darah telah diadakan di Tapak Tamu Pekan Tomborungus Kudat pada 25 Oktober 2023 (Rabu). Program ini berlangsung dengan kerjasama daripada Unit Tabung Darah dan Unit Kesihatan Primer Hospital Kudat. Seramai 10 orang kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terlibat semasa program ini dijalankan dimana tiga (3) orang kakitangan daripada Cawangan Khidmat Pelanggan dan tujuh (7) orang kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Kudat. Antara aktiviti semasa program diadakan adalah seperti kempen penjimatan air daripada JANS, Kempen Derma Darah serta Pemeriksaan Kesihatan secara percuma. Melalui program ini, pelanggan akan mengetahui info mengenai cara penjimatan air, butiran dalam bil air, cara mengesan kebocoran selepas meter dan saluran pembayaran bil air yang disampaikan oleh JANS.