SESI TAKLIMAT KHAS BERKAITAN PROJEK PEMBINAAN EMPANGAN PAPAR (PROJEK CONSULTING SERVICES ON FEASIBILITY STUDY FOR CADANGAN PEMBINAAN EMPANGAN PAPAR)
PAPAR - Taklimat khas berkaitan Projek Pembinaan Empangan Papar telah diadakan pada 10 Jun 2023 (Sabtu) di Pejabat Jabatan Air Papar. Ketibaan YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) disambut oleh 150 orang kakitangan yang terdiri daripada pihak konsulton dan kakitangan Jabatan Air. Taklimat ini bertujuan untuk menangani krisis bekalan air di Sabah, pengenalan Pasukan Petugas Khas dan mengetahui kemajuan projek yang terkini. Melalui taklimat ini, Pasukan Petugas Khas ditubuhkjan bagi membantu dalam pengurusan projek pembinaan empangan dari segi sosio-ekonomi.