- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
PAPAR- Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah telah diadakan untuk mengatasi Bencana Bekalan Air Daerah Papar. Pengarah Jabatan Air menyeru kepada semua yang hadir untuk mengenalpasti kawasan-kawasan terjejas bagi memudahkan bantuan penghantaran bekalan air. Hospital, sekolah, Masjid dan Rumah Ibadat akan diberi keutamaan menerima penghantaran bekalan air.
Sebanyak 19 buah lori tangki air bersih telah disenaraikan oleh Jabatan Air Papar bagi tujuan penghantaran bekalan air bersih ke kawasan-kawasan yang terlibat bermula 14 Mac 2024 (Khamis).
Antara Agensi/badan/jabatan yang bekerjasama dalam menangani isu bencana bekalan air ini adalah daripada Syarikat JETAMA Sdn. Bhd, Pejabat Parlimen Papar, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis, UPPM Kawang, Kadazandusun Murut (KDM) Limbahau, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Papar.
SUMBER : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah