- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
KOTA KINABALU - Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan Jabatan Air Negeri Sabah(JANS) serta PBA Resources Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini 08 Mac 2024(Jumaat) di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu.
Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1/Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tuan Haji Suhaimi Haji Asbullah, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Datuk Hajjah Tah Nia Haji Jaman, Pengerusi KTYS Sdn Bhd dan Tuan Ir Pathmanathan K, Pengarah PBA Resources Sdn Bhd. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Hanafiah Diman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah merangkap Setiausaha Korporat, mewakili Yang Berhormat Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP, Pengarah Yayasan Sabah.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman ini menandakan kerjasama jangka panjang antara KTYS dan JANS serta PBA Resources Sdn Bhd, yang memberi tumpuan kepada perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pembangunan kemahiran antara ketiga-tiga agensi.
Kerjasama ini diyakini dapat menyediakan peluang yang besar untuk pertumbuhan dan pembangunan kemahiran kakitangan JANS dalam bidang-bidang tertentu, termasuk pembelajaran teori, perkongsian maklumat dan aktiviti praktikal. Ini sejajar dengan matlamat perancangan strategik JANS untuk melatih dan melahirkan kakitangan yang berkemahiran.
SUMBER : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah