- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
KOTA KINABALU - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Tahun 2023 telah diadakan di Hilton Hotel Kota Kinabalu pada 29 Februari 2023 (Khamis). Seramai 67 orang kakitangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari pelbagai gred, jawatan dan juga daerah telah diraihkan. Majlis APC ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Negeri Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya. Semasa majlis sedang berlangsung, YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya berpesan agar mengekalkan momentum kerja dan juga sentiasa memberikan idea-idea yang bernas dan terbaik untuk jabatan. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada kakitangan yang telah menunjukan prestasi kerja dengan cemerlang. Seramai 350 orang kakitangan turut hadir pada malam itu serta tetamu kehormat Pembantu Menteri 1, Datuk Limus bin Jury, Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Ridhwan Roger Linus, Timbalan Setiausaha tetap 1, Tuan Hassan bin Mahali, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah,Timbalan-timbalan Pengarah JANS, semua Ketua Penolong Pengarah JANS, Jurutera Daerah Air JANS, Pegawai Kerja Air Daerah serta Kakitangan Ibu Pejabat JANS.
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah