- Home
- Profile
- Customer
- Complaint / Report
- Tender and Quotation
- Online Application
- Public Awareness
- Online Customer Service
- Payment counter
- Online Payment
- Rates
- Downloads
- Enactment and Water Regulations
- Registered Plumber
- Products
- Media
- Staff
BELURAN DAN PITAS - Lawatan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal telah diadakan pada 8 Februari 2024 (Khamis) di Loji Rawatan Air Paitan (Beluran), Loji Rawatan Air Kanibongan (Pitas) dan Loji Rawatan Air Pekan Pitas. Seramai empat (4) orang kakitangan daripada Cawangan Penguatkuasa, Perlesenan dan Keselamatan yang terlibat dalam operasi ini. Lawatan pemeriksaan keselamatan fizikal ini bertujuan untuk melakukan kerja-kerja audit keselamatan bagi memastikan keselamatan loji rawatan air sentiasa berada dalam keadaan optimum semasa pengoperasian harian. Melalui lawatan pemeriksaan keselamatan fizikal ini laporan keselamatan akan dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaraan/penggantian kerosakan aset fizikal secara terus dan dalam masa yang sama keselamatan aset loji rawatan air akan dapat dipantau dari masa ke semasa.
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah