TINJAUAN LAPANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK PENAMBAHAN KAPASITI LOJI RAWATAN AIR KOGOPON
PAPAR - Tinjauan Lapangan Bagi Pelaksanaan Projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon telah diadakan pada 25 Ogos 2023 (Jumaat) di Tapak Pembinaan Loji Rawatan Air Kogopon. Sesi Perasmian Pecah Tanah telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang disaksikan oleh 200 orang kakitangan dari pelbagai agensi. Pihak konsultan mengadakan sesi pembentangan misi dan tujuan projek kepada YAB. Mengenai pelaksanaan Projek Penambahan Kapasti Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon, YAB berkata, projek itu dapat meningkatkan kapasiti sedia ada daripada 40 juta liter sehari (JLS) kepada 80 JLS.
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah dan Laman Berita Harian Online