LAWATAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEKNIKAL BAGI TUJUAN PERMOHONAN LESEN PIHAK BERKUASA AIR
SANDAKAN - Lawatan pemeriksaan Fizikal dan Teknikal bagi tujuan Permohonan Lesen Pihak Berkuasa Bekalan Air telah diadakan pada 19 September 2023 (Selasa) di Armada Fleet (S) Sdn. Bhd. Sandakan. Seramai 11 orang kakitangan turut serta dalam lawatan ini dimana lapan (8) orang kakitangan daripada Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, dua (2) orang kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Sandakan dan seorang kakitangan daripada Armada Fleet (S) Sdn. Bhd. Melalui lawatan pemeriksaan ini, Pihak JANS dapat memastikan kualiti perkhidmatan syarikat sebelum Lesen Pihak Berkuasa Bekalan Air diluluskan oleh pihak JANS kepada syarikat Armada Fleet (S) Sdn. Bhd.