OPERASI BERSEPADU PEMOTONGAN AKAUN TERTUNGGAK (NOTIS DAN ANSURAN) DI DAERAH KOTA MARUDU DAN PITAS
KOTA MARUDU DAN PITAS - Operasi Bersepadu Pemotongan Akaun Tertunggak (Notis) telah diadakan pada 05 hingga 09 Februari 2024 di daerah Kota Marudu dan Pitas. Seramai 16 orang kakitangan daripada Cawangan Penguatkuasa, Perlesenan dan Keselamatan yang terlibat dalam operasi ini. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk mencapai target pungutan bulanan daerah dan mengurangkan bilangan akaun tertunggak disamping menambahkan pungutan hasil Kerajaan.