Pertanyaan mesti dibuat kepada Pejabat Air Daerah jika anda tidak menerima bil air 3 bulan selepas pemasangan meter atau menerima bil.
Bagaimana Anda Ingin Memohon Bekalan Air?
- Sila berurusan di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Jabatan Air Sabah untuk maklumat yang lebih lanjut.
- Lihat contoh borang di sini.
Adakah Anda Berpindah/Menjual Rumah?
Sekiranya anda berpindah/menjual rumah yang anda duduki selama ini, sila pastikan perkara berikut dilakukan:
- Lengkapkan Borang Permohonan Penamatan Bekalan Air dan Borang Permohonan Bil Akhir yang boleh didapati di Pejabat Air Daerah berdekatan.
- Jelaskan baki bil air yang tertunggak.
- Lengkapkan Borang Pengembalian Wang Cagaran untuk mendapatkan kembali wang cagaran anda.
Membayar Bil Air Anda?
Lokasi Pembayaran
- Pejabat Air Daerah yang berdekatan
- Pejabat Pos Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Agrobank
Kaedah Pembayaran
Tunai
Di semua kaunter pembayaran
Cek persendirian/syarikat
Hanya di Pejabat Air Bandaraya Kota Kinabalu & Kaunter Pejabat Air UTC Kota kinabalu
Draf Bank
Hanya di Pejabat Air Bandaraya Kota Kinabalu & Kaunter Pejabat Air UTC Kota kinabalu
Kad Kredit
Semua kaunter pembayaran pejabat Jabatan Air
Pembayaran Atas Talian
- Sabah Pay
- Maybank2u
- Pos Online
- BSN
- JomPay
- Agrobank


