Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau sama ada kawasan-kawasan di Daerah Putatan telah pulih bekalan air selepas penyenggaraan berjadual Loji Rawatan Air Moyog pada 10 Januari 2023 dan membincangkan kerja-kerja lain yang diperlukan untuk memperbaiki situasi kekurangan bekalan air di Daerah Putatan. Ini termasuk lawatan ke punca bekalan air ke Loji Rawatan Air Moyog.


