Meter Air

Meter Air

Siapa bertanggungjawab menyelenggara saluran paip selepas meter air?

Pengguna Berdaftar / penghuni. Meter air adalah hak milik kerajaan dan ia tidak boleh diganggu, dipindahkan atau dirosakkan.

Sekiranya bil air meningkat disebabkan kebocoran selepas meter, siapa bertanggungjawab untuk membayar bil itu?

Pengguna Berdaftar / penghuni 

Siapa bertanggungjawab menjaga keselamatan meter air?

Pengguna Berdaftar / penghuni. Meter air adalah hak milik kerajaan dan ia tidak boleh diganggu, dipindahkan atau dirosakkan. 

Sekiranya meter air anda hilang...

Laporkan kehilangan itu kepada pihak Polis dan serahkan sesalinan Laporan Polis itu ke Pejabat Jabatan Air. Penggantian meter akan dilakukan setelah pembayaran penggantian meter dibuat. 

Bolehkah pam atau sebarang alat yang boleh meningkatkan tekanan air dipasang?

Pemasangan pam hanya dibenarkan selepas tangki pengimbang. Adalah menjadi kesalahan undang-undang sekiranya ia dipasang di kedudukan lain sebelum tangki pengimbang.

Saya membekalkan air kepada jiran saya melalui meter air saya..

Anda telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 50 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi setiap hari kesalahan itu berterusan, ia akan dianggap sebagai satu kesalahan yang berasingan