Operasi Pemotongan Bersepadu Bekalan Air (Bil Notis, Ansuran yang Tertunggak dan Penyambungan Haram) Bagi Tahun 2023

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Air Negeri Sabah akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bermula pada 27 Februari sehingga 1 Disember 2023. Sehubungan dengan itu, pengguna yang mempunyai bil notis dan ansuran yang tertunggak diminta untuk datang membuat pembayaran dengan kadar segera di Pejabat Jabatan Air Daerah yang berdekatan bagi mengelakkan bekalan air di premis anda dipotong. Butiran operasi pemotongan bersepadu bekalan air adalah seperti dalam lampiran.