Perutusan Pengarah

"Pengarah JANS, IR Edward Lingkapo"Salam sejahtera,

Terlebih dahulu sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Cawangan Hal Ehwal Korporat Jabatan Air Negeri Sabah selaku Urusetia Laman Sesawang Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan laman sesawang ini menjadi yang terbaik dan bermanfaat kepada semua pengguna air yang berdaftar dan orang awam.

Dasawarsa ini kita telah diperkenalkan mengenai satu pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai kemudahan kepada semua pengguna air dan pengunjung laman sesawang untuk menerima maklumat dengan mudah, cepat dan tepat. Seiring dengan pendekatan ini, saya amat berbangga Jabatan Air Negeri Sabah telah mewujudkan laman sesawang yang disediakan sendiri oleh tenaga kerja jabatan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada para pengguna.

Dengan wujudnya laman sesawang ini, semua pihak terutamanya pengguna berdaftar dan orang awam boleh mendapatkan maklumat yang memberi manfaat kepada mereka. Warga Jabatan Air Negeri Sabah boleh menggunakan laman sesawang ini sebagai rujukan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan yang bernas daripada pengunjung laman sesawang ini untuk membolehkan Jabatan Air Negeri Sabah sentiasa memberikan perkhidmatan secara sistematik, mampan dan berkualiti serta relevan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengguna air yang berdaftar dan orang awam dan pengunjung laman ini kerana tetap bersama Jabatan Air Negeri untuk menunjukkan komitmen terus bertugas 100% walaupun dalam situasi negara yang menghadapi penularan virus Covid-19.

Sekian, terima kasih.

IR. EDWARD LINGKAPO
PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH