ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SABAH MAJU JAYA,
Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Laman web merupakan kaedah terpantas dalam penyebaran atau perkongsian maklumat. Sehubungan itu, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan semua pengguna internet yang melayari laman web rasmi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Laman web ini dibangunkan sebagai platform komunikasi yang cekap dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa ini.
Kemunculan era globalisasi serta ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara kerja dan gaya hidup manusia dari segenap aspek. Segala urusan berjalan dengan sangat pantas dan semua maklumat berada di hujung jari.
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) komited menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan serta pelbagai maklumat kepada warga Jabatan ini khususnya, dan masyarakat umum amnya. Melalui medium rasmi ini, saya ingin mengambil peluang untuk menyeru kepada semua pengguna/pelanggan kami, untuk sama-sama membantu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dengan mengamalkan penggunaan berhemah.
Saya juga berharap, semua maklumat yang dikongsikan dalam laman web ini, dapat membantu dan menjawab kepada setiap persoalan pengunjung portal.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembangunan laman web ini. Bagi memastikan Jabatan terus cemerlang dan proaktif dalam menyalurkan maklumat dan informasi terkini Jabatan, saya berharap laman web ini akan terus dipertingkatkan dan ditambah baik selaras dengan seruan kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan sektor awam.
Akhir kata, pandangan dan komen penambahbaikan yang membina daripada pengunjung portal amatlah dialu-alukan dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
“Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Air Negeri Sabah”.
Sekian dan terima kasih.
Tuan Baharuhom bin K.K. Sogon
Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah