Kalendar Peristiwa

Julai 2020

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29
30
1
2
3
4
5
 
 
 
 
 
 
 
6
7
8
9
10
11
12
 
 
 
 
 
 
 
13
14
15
16
17
18
19
 
 
 
 
 
 
 
20
21
22
23
24
25
26
 
 
 
 
 
 
 
27
28
29
30
31
1
2
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI MEROTAI

    Tarikh :07 Julai 2020 (Selasa). Tempoh gangguan gangguan: sehingga kekeruhan NTU kembali normal. Kerja : Penutupan sementara di Loji Rawatan Air Merotai I dan II disebabkan kekeruhan NTU yang tinggi. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam)

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh :07 Julai 2020 (Selasa). Tempoh gangguan bekalan air : 2:00 petangsehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Pembaikan paip bocor jenis AC berukuran 4 inci di Kedai Syarikat Nam Kong Auto Parts, Jalan Kuhara, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam)

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh :07 Julai 2020 (Selasa). Tempoh gangguan bekalan air : 2:00 petangsehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Pembaikan paip bocor jenis AC berukuran 4 inci di Kedai Syarikat Nam Kong Auto Parts, Jalan Kuhara, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam)

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KOTA KINABALU

    Tarikh :07 Julai 2020 (Selasa). Tempoh gangguan bekalan air : 1:00 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 150 mm di Kg. Keliangau, Kota Kinabalu. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam)

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah

Profil Jabatan

LATAR BELAKANG

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI). Pada masa ini, JANS menjalankan fungsi di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengawal dan mengawalselia pembekalan dan pengagihan air terawat kepada penduduk Negeri Sabah.

Terdapat 84 loji perawatan air beroperasi di seluruh Sabah dengan purata pengeluaran 1300 juta liter air sehari bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini. Liputan bekalan air ini telah merangkumi ke tahap 100% penduduk bandar dan 78% penduduk luar bandar dengan panjang rangkaian paip air sebanyak 14,825.91 km. Terdapat 525,449 pengguna berdaftar dengan JANS melalui 10 buah Pejabat Air Bahagian dan 21 buah Pejabat Air Daerah di seluruh negeri.

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AIR NEGERI SABAH

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada asalnya menjalankan operasi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Bahagian Haidrolik, JKR. Semasa bernaung di bawah JKR, bidangkuasa Pihak Berkuasa Air sebagaimana yang termaktub di dalam Ordinan Bekalan Air Sabah 1961 (yang dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 1962), adalah dipertanggungkan kepada Pengarah JKR Negeri Sabah.

Pada bulan April 1987, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menjadikan Jabatan Air sebagai sebuah Jabatan penuh di bawah tanggungjawab seorang Pengarah dan diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya Sabah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI).

Berikutan daripada itu, JANS telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai satu Jabatan sendiri berkuatkuasa 1hb. Januari 1988 dengan kelulusan pindaan-pindaan kepada Ordinan Bekalan Air, 1961 oleh Dewan Undangan Negeri.

Bagi menjalankan bidangkuasa, fungsi dan tanggungjawabnya, Pengarah Air telah diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Air melalui pindaan yang dibuat pada 1hb. Julai 1987 ke atas taksiran Pihak Berkuasa Air dengan menggantikan ‘Director of Public Works’ kepada ‘Director of Department’ dalam seksyen 2 Ordinan Bekalan Air 1961 di samping memansuhkan Enakmen Pihak Berkuasa Air Negeri Sabah 1981 (Sabah Water Authority Enactment 1981).