Pertanyaan mesti dibuat kepada Pejabat Air Daerah jika anda tidak menerima bil air 4 bulan selepas pemasangan meter atau menerima bil.
Adakah Anda Ingin Memohon Bekalan Air? (Bekalan Domestik)
Perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
- Lengkapkan borang permohonan bekalan air yang boleh didapati di kaunter pembayaran Pejabat Air Daerah dengan harga RM1.00/set.
- Sertakan salinan dokumen seperti kad pengenalan, geran tanah, perjanjian sewa beli, surat pengesahan daripada Ketua Kampung/JKKK, surat daripada Majlis Daerah/Dewan Bandaraya (sekiranya rumah didirikan di rizab kampung).
- Hantar borang permohonan bekalan air ke Pejabat Air Daerah yang berkenaan.
Adakah Anda Berpindah /Menjual Rumah?
Sekiranya anda berpindah/menjual rumah yang anda duduki selama ini, sila pastikan perkara berikut dilakukan:
- Lengkapkan Borang Permohonan Penamatan Bekalan Air dan Borang Permohonan Bil Akhir yang boleh didapati di Pejabat Air Daerah berdekatan.
- Jelaskan baki bil air yang tertunggak.
- Lengkapkan Borang Pengembalian Wang Cagaran untuk mendapatkan kembali wang cagaran anda.
Membayar Bil Air Anda?
Lokasi Pembayaran
- Pejabat Air Daerah yang berdekatan
- Pejabat Pos
- Kaunter Pembayaran Bil Setempat, Contohnya: SESB & DBKK
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Agrobank
Kaedah Pembayaran
Tunai
Di semua kaunter pembayaran
Cek persendirian/syarikat
Hanya di Pejabat Air Daerah & Ibu Pejabat Jabatan Air
Draf Bank
Hanya di Pejabat Air Daerah & Ibu Pejabat Jabatan Air
Kad Kredit
Hanya di kaunter pembayaran utama Jabatan Air
Internet
Pemegang akaun Maybank (Maybank2u)
Hubungi kami
Hubungi Jabatan Air di daerah anda sekiranya anda mempunyai maklumat paip bocor, sambungan paip yang menyalahi undang-undang, masalah mengenai bil air dan sebagainya:
Pejabat / Daerah | Telefon | Pejabat / Daerah | Telefon |
---|---|---|---|
Ibu Pejabat | 088-232364 | Tambunan | 087-774270 |
Kota Kinabalu |
088-717070 088-711767 |
Tenom | 087-735269 |
Papar | 088-911434 | Nabawan | 087-336190 |
Tuaran | 088-788350 | Sook | 087-333520 |
Sandakan | 089-663001 | Beaufort | 088-212295 |
Bukit Garam | 089-561970 | Sipitang | 087-821904 |
Beluran | 089-511176 | Membakut | 087-887362 |
Tawau | 089-761057 | Kuala Penyu | 087-884342 |
Lahad Datu | 089-881767 | Ranau | 088-876744 |
Semporna | 089-781274 | Telupid | 089-521775 |
Kunak | 089-851113 | Kudat | 088-612004 |
Kota Belud | 088-977846 | Kota Marudu | 088-661720 |
Keningau | 087-334428 | Pitas | 088-671844 |