Kalendar Peristiwa

Disember 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
25
26
27
28
29
30
1
 
 
 
 
 
 
 
2
3
4
5
6
7
8
 
 
 
 
 
 
 
9
10
11
12
13
14
15
 
 
 
 
 
 
 
16
17
18
19
20
21
22
 
 
 
 
 
 
 
23
24
25
26
27
28
29
 
 
 
 
 
 
 
30
31
1
2
3
4
5
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KOTA KINABALU

    Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 09:00 malam sehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Pembaikan paip pecah jenis AC berukuran 100 mm di Kg.Navahiu, Penampang. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SANDAKAN

    Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 08:00 malam sehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Pembaikan paip pecah jenis MSCL berukuran 150mm di Belakang Kedai Tayar, Syarikat Perniagaan Lian Huat, Batu 5, Sandakan. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TUARAN

    Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : Sehingga kerja-kerja selesai. Tujuan : Penutupan sementara Loji Rawatan Air Telibong II disebabkan masalah teknikal. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KOTA KINABALU

    Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : Sehingga kerja-kerja selesai. Tujuan : Penutupan sementara Loji Rawatan Air Telibong II disebabkan masalah teknikal. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah

Kursus Dan Ujian Tukang Pasang Sesalur Dan Tukang Paip

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada orang ramai yang berminat untuk menyertai Kursus dan Ujian Tukang Pasang Sesalur  dan Tukang Paip bertujuan untuk mendapatkan  Lesen Tukang Pasang  Sesalur (LTPS) atau Lesen Tukang Paip (LTP). Tarikh Kursus dan Ujian akan diberitahu  kelak.
  2. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sabah;
    • Berumur di antara 18 hingga 65 tahun;
    • Tubuh badan  yang sihat dan tidak cacat yang menghadkan pergerakan fizikal dalam pekerjaan. Laporan tahap kesihatan dari pegawai perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan hendaklah disertakan bersama;
    • Kelayakan Kemahiran Teknikal: Sijil Kemahiran berkaitan (sanitari dan kerja-kerja paip air) yang dikeluarkan oleh Badan Kerajaan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  3. Borang permohonan boleh didapati daripada Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Pelesenan dan Keselamatan, Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, Tingkat 6, Blok A Wisma MUIS Kota Kinabalu, dan Pejabat Air  di daerah-daerah pada waktu pejabat atau boleh dicetak daripada  laman web www.sabah.gov.my/air
  4. Borang permohonan hendaklah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan mestilah disampaikan sendiri oleh pemohon ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Pelesenan dan Keselamatan, Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, Tingkat 6, Blok A Wisma MUIS Kota Kinabalu tidak lewat dari 01 Julai 2013. Pemohon dikehendaki membawa bersama salinan asal semua dokumen berserta salinan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  5. Yuran-yuran yang dikenakan adalah seperti berikut;
    • Yuran kursus bagi Lesen Tukang Pasang Sesalur ialah RM1,000.00 dan Yuran kursus bagi Lesen Tukang Paip  ialah RM800.00. Yuran ini  termasuk makan dan minum semasa   kursus dan ujian dijalankan, bahan rujukan dan nota, alatulis, dan sebagainya.
    • Yuran ujian RM500.00 bagi Lesen Tukang Pasang Sesalur dan RM100.00 bagi Lesen Tukang Paip.
  6. Yuran-yuran tersebut hendaklah disediakan berbentuk Bank Draft dibayar atas nama PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH dan dikemukakan semasa pendaftaran. Yuran tidak akan dikembalikan walaupun peserta menarik diri, enggan menamatkan kursus atau gagal ujian.
  7. Lesen Tukang Pasang Sesalur  dan Lesen Tukang Paip hanya akan dikeluarkan selepas peserta lulus ujian.
    • Bayaran Lesen Tukang Pasang Sesalur ialah RM1,000.00. Pembaharuan RM500.00.
    • Bayaran Lesen Tukang Paip bagi tahun pertama ialah RM200.00 sementara pembaharuan ialah RM100.00.
  8. Perbelanjaan pengangkutan dan tempat tinggal adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
  9. Kursus dan ujian akan diadakan di Loji Rawatan Air Telibong II Tamparuli, Tuaran.
  10. Hanya 28 orang peserta akan menjalani kursus dan ujian pada setiap siri.
  11. JANS berhak menolak permohonan atau  mengubah tarikh kursus, ujian dan syarat-syarat permohonan tanpa sebarang penjelasan.
  12. Ujian Bertulis merangkumi Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003, Peraturan-peraturan Bekalan Air Negeri Sabah, Etika, Piawaian dan yang berkaitan. Ujian Praktikal menguji kemahiran peserta melakukan kerja-kerja fizikal sebenar pembinaan sistem perpaipan dan kerja-kerja berkaitan.
  13. Jika terdapat kemusykilan, sila berhubung dengan Puan Annita Augustine Tel. 232364  samb. 131 atau Puan Vilina Passon Tel. 232364  samb. 148.

Pengarah
Jabatan Air Negeri Sabah
Kota Kinabalu

"Kami Utamakan Kualiti"